oh! ye, nanti petang marilah ramai-ramai kita baca doa akhir tahun dan doa tahun baru.. insyaALLAH agar tahun ni ALLAH permudahkan semua urusan kita. :)
Bacalah doa ini sebanyak tiga kali saat menjelang akhir tahun baru
Islam, dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30
Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri
perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan
dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan
apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada
perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan,
maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah Swt.
Bacalah doa ini tiga kali ketika masuk tahun baru iaitu 1 Muharam. Boleh
dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita
sebagai mukmin memohon kepada Allah Swt. agar di dalam tahun baru ini
kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepadaNya.
Selamat Beramal dan Selamat Tahun Baru Islam
No comments:
Post a Comment