Thursday, September 29, 2011

KiSaH aKu DaN kAu...

aku tulis ni bukan untuk mintak simpati pada orang tapi ni adelah luahan hati kecilku yang aku rase xbole lagi disimpan..
kali pertama aku jejakkan kaki ke kolej aku happy sangat cz aku dapat merasa macam mane orang pegi blaja dekat kolej.. setelah beberapa bulan aku belajar dekat situ, aku mule merasakan sesuatu yang pelik ade dalam hati aku.. mula2 aku xpasti ape yang aku rasekan tetapi setelah aku bertanyakan pada diri aku, baru aku tahu yang aku mule menyukai seseorang .. dan orang itu adelah lelaki yang amat menyayangi aku sepenuh hatinya dan menerima aku seadanya... lelaki itu bernama SYED SULAIMAN BIN SYED YUSSOF... yaALLAH aku amat menyayangi lelaki ini.. sangat2 sayang... kami menjalinkan hubungan cinta sehingga membawa ke alam pertunangan.. kami bertunang selama 2tahun.. dan setelah 2tahun kami bertunang, kami terus ke alam pernikahan.. alam yang sangat2 kami tunggu2 dan kami idamkan untuk membuktikan cinta kami yang sejati... kami bahagia sangat.. sangat2 bahagia... suamiku seorang yang bertanggungjawab serta penyayang.. die x penah mengabaikan aku.. makan pakai aku terjaga.. sampaikan tido aku pown die jage.. kalau time aku tido, die akan pastikan aku tido dengan selesa dan yang bestnyer die akan bantalkan aku dengan lengannya sehigga pagi…sebab tu aku AMAT menyayangi suamiku… kami susah senang bersama… dia sanggup berkorban apa saja demi aku.. setelah 1tahun kami berkahwin, dan pada hari ulang tahun perkahwinan kami suamiku mule demam biase sahaja.. tetapi membawa ke 2 minggu sehingga die batuk mengeluarkan darah... aku sangat2 risau dan mencadangkan pada suamiku untuk ke klinik tapi pada hari aku ingin membawa suamiku ke klinik suamiku lemah sangat... dan pakcik ku mencadangkan suamiku dibawa terus ke hospital... aku pown bersetuju.. setelah sampai di hospital, suamiku terus dimasukan ke wad kecemasan.. dan dirawat disitu untuk sementara waktu.. kemudian setelah beberapa jam aku menunggu  suamiku ditukarkan ke wad kritikal.. yaALLAH aku berasa sangat2 takot dan sedeh tetapi aku mengawal perasaan aku untuk tidak menangis... setelah beberapa jam aku menunggu, barulah suamiku dimasukkan ke wad. kemudian, doktor menjelaskan padaku yag suamiku mungkin terkena jangkitan kuman pada paru2 dan kekurangan darah dalam badan.. yaALLAH... terkejutnya aku bila mendengar penjelasan doktor.. aku menahan lagi sedehku supaya tidak menangis didepan suamiku.. aku menjaga suamiku... dan setelah 3hari berada di hospital, doktor menjelaskan padaku yg suamiku disahkan kanser darah iaitu LUEKEMIA..
yaALLAH.. hanya tuhan saje tahu ape yang aku rasekan..  aku xtahu mcm mana aku boleh bantu suamiku.. hanya doa sahaje yang aku mampu lakukan...kesian suamiku lepas 1 penyakit... 1 lagi penyakit yang mendatang.. setelah beberapa mggu suamiku dirawat, doktor memanggilku untuk memberikan penjelasan tentang penyakit yang suamiku hadapi... doktor menjelaskan padaku yang pihak mereka tidak dapat berbuat apa2 lagi bagi merawat suamiku.. kerana jenis luekemia yang suamiku adalah jenis agresif.. walaupown doktor sudah memberikan rawatan kemoterapi, ia tidak memberi apa2 kesan pada kanser tersebut... hanya bantuan penafasan sahaja yang membolehkan suamiku bernafas untuk sementara waktu... yaALLAH luluh hati ni bila mendengar penjelasan tersebut.. aku betul2 xtahu apa lagi yang harus aku lakukan.. aku amat menyayangi suamiku.. walaupown suamiku sudah tahu mengenai keadaannya.. dia tenang sahaja.. walaupon aku tahu sebenarnya suamiku terlalu sedeh... pada suatu malam, suamiku menyatakan sesuatu padaku, die berpesan padaku "sayang, kalau saya da xde nanti jangan nangis tau...., sayang buat la balek meniage ice blended k... nanti kalau saye xde sayang carila pengganti saye..." saat aku mendengar pesanan suamiku, aku terus menangis teresak2.. xtertahan rase sedeh yang aku pendam... suamiku menyuruh aku tido didepannya dan die mengusap kepalaku dan membuka oksigen yang dipakainya lalu mengucup dahiku .. aku terasa sgt2 sedeh yang teramat sangat.... setelah 24hari suamiku menjalankan rawatan, suamiku mengadu  oksigen  yang dipakainya tidak ok, lalu aku mengadu pada doktor, dan doktor menyarankan untuk memakai oksigen dari
wad ICU iaitu BIPAP OKSIGEN.. dan petang itu doktor membwa peralatan tersebut untuk suamiku.. tetapi sebelum doktor memakaikan alat tersebut pada suamiku, doktor memanggil aku untuk memberikan penjelasan.. lalu aku mengikut doktor tersebut , dan doktor menunjukkan padaku x-ray paru2 suamiku.. yaALLAH terkejutnya aku bila melihat x-ray tersebut... hancur luluh hatiku... bila melihat sel2 kanser memenuhi paru2 suamiku.. aku bertanyakan pada doktor, apa yang mampu doktor lakukan untuk menyelamatkan suamiku, doktor hanya mengeluh dan mengatakan " puan, melihat dr x-ray ni, sel darah putih telah memenuhi ruang2 di paru2 suami puan.. sekarang ni, saya hanya mampu memberikan bantuan oksigen yang lebih kuat pada suami puan untuk suami puan bernafas... sekiranya suami puan ok, kita akan tukarkan kembali dengan oksigen yang biase , ye puan" lalu aku bertanya " sampai bila doktor?" doktor menjawab " kami xpasti sampai bila, mungkin esok.. sekarang ni kita bagi suami puan pakai sampi pagi esok, kalau ok kita tukar .. tetapi puan, kita x bole nak beri jaminan yang suami puan akan bertahan.. puan faham ape yang saye katakan.. kalau tak salah saya, doktor yang merawat suami puan sudah memberikan penjelasan pada puan tentang keadaan suami puan kan?... aku mengangguk smbil menangis... "ok puan,   puan faham ape yang doctor tu  katekan?...aku mengangguk..” kalau bole saye xmahu suami puan dibawa ke wad ICU, sebab itu akan memanjangkan lagi proses rawatan.. saye paham suami puan xmahu ditahan lama2 kat sini kan puan..kami pown klu bole mahu suami puan pulang berehat dirumah... kalau suami puan dibawa ke wad ICU, suami puan akan dikomakan dan dimasukkan macam2 wayar pada badan ... mesti puan xmahu suami puan begitu kan... " aku menangis lagi... " ok mcm ni lah puan sekarang ni kami bagi suami puan pakai oksigen ni dahulu nanti kite tengok macamana..." aku mengangguk dan terus pergi ke katil suamiku.. setelah beberapa minit suamiku memakai oksigen tersebut, suamiku berkata tak bole nak kawal nafas.. aku risau dan menyuruh suamiku mengikut cara2 bernafas yang doktor tadi ajar.. lalu suamiku melakukannya... aku xdapat menahan rase sedeh apabila melihat keadaan suamiku... pada jam 7.30mlm suamiku tiba2 mengatakan tidak tahan lagi untuk bernnafas menggunakan oksigen tersebut.. tetapi aku menasihati suamiku untuk bertahan dan bernafas dengan elok....suamiku menurut... tetapi keadaan suamiku terlalu tenat.. aku xdapat manahan sedeh lalu aku menangis sambil berkata pada suamiku, " sayang .... sayang kene kuat... ayang sayang lin kan... sayang kene kuat..." setelah 1jam suamiku bertarung nyawa.. akhirnya tuhan lebih menyanyanginya.. pada 14 julai 2011 jam8.45 malam .. suamiku menghembuskan nafasnya yang terakhir... alangkah sedehnya hati ku melihat sekujur tubuh terbaring dihadapanku... aku terus memeluk suamiku dan menangis sekuat hatiku..." nape sayang tinggalkan lin..... nape?...... sayang tipu lin... sayang kate nak jage lin.... sape yang nak jage lin .... sayanggggggg......" aku mencium suamiku dan terus memeluk sumiku.... yaALLAH... besar sungguh dugaan yang kau berikan padaku... aku x kuat yaALLAH.... suamiku dibawa pulang kerumah... pada keesokkannya... setelah jenazah suamiku dimandikan dan dikafankan.. semua ahli keluarga dibenarkan mencium suamiku.. aku tidak dapat menahan sebak didada.. tetapi aku kuatkan jugak untuk mencium suami ku buat kali terakhir... saat wajah suamiku hendak ditutup dengan kain kafan, aku menangis lagi kerana itulah kali terakhir aku melihat wajah suamiku.... setelah 79hari suamiku pergi meninggalkan aku... hatiku masih lagi sedeh...sunyi... setiap malam aku akan menangis mengenangkan ape yang telah terjadi pada suamiku.. mengenangkan kenangan yang aku lalui bersama suamiku.. aku amat merindui suamiku..... walaupon kawan2,saudara2 dan sesiapa sahaja nmpak aku ceria, tetapi hakikatnya aku masih sedeh dengan pemergian suami tercinta...  yaALLAH... aku rindu suamiku... yaALLAH kau berikanlah kekuatan padaku untuk aku lalui dugaan yang kau berikan dengan tabah dan sabar…amin… sayaanggg… lin rindu sayangg…..
mase adeq dijabkabulkan
malam berinai
resepsi sebelah adeq
resepsi sebelah arwah suami adeq

kenangan di gunung jerai, kedah
semua gambar2 ni saat adeq bersama arwah suami adeq... bahagia sangat... SAYANGGGG LIN RINDU SANGATTTTT KAT SAYANGGGG....

No comments:

Post a Comment